Artikel Terkini

Tegur isu penjagaan cucu, Chef Wan dapat surat saman RM1juta dari bekas menantu

Tegur isu penjagaan cucu, Chef Wan dapat surat saman RM1juta dari bekas menantu
Tegur isu penjagaan cucu, Chef Wan dapat surat saman RM1juta dari bekas menantu 1

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja chef selebriti terkenal, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail, 64 melenting di media sosialnya apabila menerima surat saman malu dari peguam bekas menantunya iaitu Shikin Maembong.

Shikin atau nama sebenarnya,  Siti Nur’ Ashikin binti Ismail telah menghantar surat saman malu kepada Chef Wan atas sebab chef selebriti itu menegur tindakan wanita itu dan juga anaknya, Chef Riz atau Muhammad Nazri berkenaan isu penjagaan anak mereka.

Tegur isu penjagaan cucu, Chef Wan dapat surat saman RM1juta dari bekas menantu 2

Dalam luahan panjang lebar Chef Wan di Instagramnya, dia mengatakan yang ada menegur berkenaan urusan penjagaan anak memandangkan Shikin serta Chef Riz dikatakan bertelagah berhubung perkara itu.

Dia juga mendakwa yang bekas menantunya berkemungkinan tidak berpuas hati berkenaan isu nafkah anak yang tidak diberikan oleh Chef Riz. Namun menurut Chef Wan, dia sebagai orang tua hanya menjalankan tugas menegur tindakan anak serta bekas menantunya yang merumitkan keadaan.

Hal ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada cucunya kerana tidak dapat bertemu dengan bapanya memandangkan dihalang untuk berjumpa.

 

Tegur isu penjagaan cucu, Chef Wan dapat surat saman RM1juta dari bekas menantu 3

Tambahnya lagi, tindakan menantunya yang ingin menyamannya atas sebab itu dikatakan kurang cerdik kerana lebih banyak isu besar yang harus dikendalikan pihak mahkamah.

Mereka juga sudah dewasa dan masing-masing telah mempunyai kehidupan sendiri. Jadi, mengapa mahu menyusahkan dengan melakukan tindakan tersebut.

Dalam pada itu, Chef Wan juga ada menyentuh perihal perkahwinan mereka dahulu yang dikatakan ditanggung 100% oleh Chef Wan sendiri.

Tegur isu penjagaan cucu, Chef Wan dapat surat saman RM1juta dari bekas menantu 4

Didalam luahan yang dibuat Chef Wan lagi, dia meminta agar anak-anaknya berhenti melakukan perkara-perkara pelik kerana dia sudah penat melayan perkara itu semua.

Dia juga sempat menegur bekas menantunya yang tidak rasa malukan sampai mahu menyaman dirinya yang telah memberi nasihat kepadanya serta Chef Riz berhubung isu penjagaan anak.

Jadi, dia meminta untuk semua pihak ‘move on’ dengan apa yang berlaku dan tidak menambah masalah di kemudian hari setelah masing-masing mempunyai keluarga sendiri.

Tegur isu penjagaan cucu, Chef Wan dapat surat saman RM1juta dari bekas menantu 5

Untuk makluman, anak sulung Chef Wan pernah berkahwin dengan Shikin Maembong yang juga kakak kepada pelakon terkenal Emma Maembong sekitar tahun 2014.

Namun begitu, mereka telah berpisah pada 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Tegur isu penjagaan cucu, Chef Wan dapat surat saman RM1juta dari bekas menantu 6

Sumber: Instagram Chefwan


Tegur isu penjagaan cucu, Chef Wan dapat surat saman RM1juta dari bekas menantu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list