Artikel Terkini

Terus meningkat, kes COVID-19 lepasi angka 20,000 hari ini

Terus meningkat, kes COVID-19 lepasi angka 20,000 hari ini
Terus meningkat, kes COVID-19 lepasi angka 20,000 hari ini 1

Kes baharu COVID-19 negara terus meningkat dengan sebanyak 20,939 kes direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes kepada 2,996,361, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melepasi paras 20,000 adalah pada 10 Sept tahun lepas dengan 21,176 kes.

Menerusi laman sosial Twitter rasminya, Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah berkenaan, 99.44 peratus atau 20,821 kes dalam kategori satu dan dua manakala 118 kes lagi atau 0.56 peratus berada dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Kategori satu adalah sebanyak 5,181 kes atau 24.74 peratus; kategori dua,15,640 kes (74.7 peratus); kategori tiga, 95 kes (0.45 peratus); kategori empat,13 kes (0.06 peratus) dan kategori lima,10 kes (0.05 peratus),” katanya.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga  melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator.

Sumber: Bernama


Terus meningkat, kes COVID-19 lepasi angka 20,000 hari ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list