Artikel Terkini

Tiga lelaki ditahan bergaduh depan restoran di Bayan Lepas

Tiga lelaki ditahan bergaduh depan restoran di Bayan Lepas
Tiga lelaki ditahan bergaduh depan restoran di Bayan Lepas 1

GEORGE TOWN – Tiga lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan melibatkan penghantar makanan dan pelanggan yang tular di media sosial semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md. Zain berkata, penahanan lelaki berusia 44 hingga 68 tahun itu susulan laporan kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar, polis menasihatkan agar pengguna media sosial tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes sehingga boleh menjejaskan siasatan polis,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Semalam, Kosmo! Online memaparkan satu video tular berdurasi satu minit lima saat dipercayai berlaku di sebuah premis di George Town di sini.

Mengulas lanjut, Jafri berkata, sebelum tularnya video berkenaan, pihak polis telah menerima laporan pada pukul 2.30 petang hari sama daripada seorang lelaki berusia 66 tahun.

“Lelaki ini melaporkan mengenai pergaduhan antara pengadu dan rakannya dengan seorang penghantar makanan.

“Kejadian ini berlaku di sebuah premis restoran, Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas pada pukul 2 petang semalam,” katanya.

Tambahnya, pada pukul 9 malam hari yang sama, penghantar makanan berkenaan turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Dalam kejadian tersebut, kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 


Tiga lelaki ditahan bergaduh depan restoran di Bayan Lepas 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor

See also  Harimau belang muncul lagi di Ulu Kuang
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo