Artikel Terkini

Tiga warga asing ditahan di Genting Highlands jalankan aktiviti ‘Love Scam’

Tiga warga asing ditahan di Genting Highlands jalankan aktiviti ‘Love Scam’
Tiga warga asing ditahan di Genting Highlands jalankan aktiviti 'Love Scam' 1

BENTONG – Kegiatan dua lelaki dan seorang wanita warga asing yang masuk ke negara ini dan menjalankan aktiviti ‘Love Scam’ terbongkar apabila tiga suspek berkenaan ditahan polis dalam dua serbuan di dua lokasi berasingan di Genting Highlands di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu pihak polis berjaya menahan dua lelaki yang masing-masing berusia 32 tahun dan seorang wanita berusia 37 tahun.

“Pihak polis telah merampas tiga buah komputer riba, tujuh telefon bimbit, sebuah komputer ‘tablet’ dan sebuah router wifi dalam serbuan itu.

“Kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan pemeriksaan lanjut ke atas suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan ‘Love Scam’,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyan 6(1)(c) Akta Imigresen 1956/63 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu beliau meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada dengan trend jenayah komersil yang semakin berleluasa khususnya jenayah penipuan ‘Love Scam’.

Beliau memberitahu sindiket ‘Love Scam’ didapati menyasarkan golongan wanita yang aktif dalam media sosial seperti Facebook, Telegram serta aplikasi sosial ‘Dating’.

“Orang awam boleh menyalurkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti ini mahupun jenayah atau dadah yang mencurigakan sekitar kawasan kediaman mereka kepada pihak polis di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

Tiga warga asing ditahan di Genting Highlands jalankan aktiviti 'Love Scam' 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp

See also  Hamil Anak Kedua, Intan Ladyana Alahan Teruk
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo