Artikel Terkini

Tip Kayuhan Selamat & Selesa Dari YouTuber ‘Geng Basikal Lipat’, Barulah Bebas Kecederaan Atau Kemalangan

Tip Kayuhan Selamat & Selesa Dari YouTuber ‘Geng Basikal Lipat’, Barulah Bebas Kecederaan Atau Kemalangan
Tip Kayuhan Selamat & Selesa Dari YouTuber 'Geng Basikal Lipat', Barulah Bebas Kecederaan Atau Kemalangan 1
Tip Kayuhan Selamat & Selesa Dari YouTuber 'Geng Basikal Lipat', Barulah Bebas Kecederaan Atau Kemalangan 2

Tidak dinafikan segelintir pengguna jalan raya cukup ‘rengsek’ bila berhadapan dengan penunggang basikal di atas jalan raya. Disebabkan nilai setitik habis susu sebelangan.

Itulah perumpamaan boleh kita kaitkan apabila bercakap tentang penunggang basikal yang hanya segelintir sahaja mungkin bermasalah. Namun sebilangan besarnya cukup mengikuti undang-undang jalan raya dan melakukan kayuhan dengan selamat.

Selain melakukan menunggang basikal dengan selamat anda yang ingin melakukan kayuhan juga pastinya ingin menyerasikan pengalaman yang selesa.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari seorang YouTuber yang cukup berpengaruh di Lembah Klang menerusi channel miliknya ‘Geng Basikal Lipat’ dikenali dengan nama Jazlan.

Menerusi satu hantarannya di laman media sosial tersebut, Jazlan berkongsi beberapa tip sangat penting untuk mereka yang melakukan kayuhan basikal berasa lebih selamat dan selesa. Ikuti beberapa tip tersebut di bawah:

Tapak Tangan Melecet

Antara masalah biasa yang dialami ramai orang yang menunggang dan menunggang basikal. Ia boleh berlaku tanpa kita sedar terutamanya bila melakukan kayuhan yang agak jauh. Perkara ini dapat dielakkan dengan memakai sarung tangan basikal. Genggaman pun lebih mantap. Barulah kayuh pun selesa!

Dapatkan sarung tangan basikal di sini: https://invle.co/clbfnb7

Tip Kayuhan Selamat & Selesa Dari YouTuber 'Geng Basikal Lipat', Barulah Bebas Kecederaan Atau Kemalangan 3

Bila melakukan kayuhan apa yang penting untuk selesa ialah tetapan tampat duduk (saddle) dan juga pemegang (handle) yang betul. Salah satu penyebab anda mudah sakit lutut dan paha ialah bila kedudukan saddle lebih rendah dan handle pula terlalu tinggi.

Tetapan yang betul ialah kedudukan saddle pada paras pinggang. Manakala handle pula selaraskan supaya sama paras dengan saddle. Barulah sedap kayuh.

Bebanan Di Badan

Bila melakukan kayuhan jarak jauh pastinya anda ingin membawa sedikit barang dengan menggunakan beg. Elakkan menggalas beg yang berat itu ketika melakukan kayuhan. Sebaliknya gunalah front bag yang boleh diletakkan di bahagian depan. Selain itu anda juga boleh gunakan handle bar bag.

Tip Kayuhan Selamat & Selesa Dari YouTuber 'Geng Basikal Lipat', Barulah Bebas Kecederaan Atau Kemalangan 5

Front bag di sini: https://invle.co/clbfnci

Bawa Air Mencukupi

Pakai sudah gempak. Basikal pun bukan main mahal lagi. Tapi kalau pergi melakukan kayuhan tanpa bawa air memang anda tak ngam. Untuk pastikan kayuhan selesa anda kena pastikan badan sentiasa cukup air. Barulah tak ‘bonk’ dengan cepat. Sekurang-kurangnya bawalah sebotol air.

Tip Kayuhan Selamat & Selesa Dari YouTuber 'Geng Basikal Lipat', Barulah Bebas Kecederaan Atau Kemalangan 7

Masalah Tayar Atau Tiub Bocor

Ini masalah yang cukup sinonim berlaku apabila melakukan kayuhan terutamanya di kawasan jalan yang tak berapa elok. Untuk atasi masalah ini bawalah spare part yang mencukupi. Sekurang-kurangnya bawalah tiub tambahan, pam tayar dan juga alat untuk membuka tayar.

Tip Kayuhan Selamat & Selesa Dari YouTuber 'Geng Basikal Lipat', Barulah Bebas Kecederaan Atau Kemalangan 9

Pam basikal: https://invle.co/clbfndl

Punggung Melecet

Masalah melecet ini bukan sahaja pada tangan atau kaki yang melakukan kayuhan. Bahagian punggung anda juga terdedah dengan risiko melecet. Jadi untuk atasi masalah ini pakailah padded bike short. Ia bukannya mahal sangat pun. Tapi kegunaannya sangat mantap. Selain dapat elak kecederaan kayuhan anda pun jadi jauh lebih selesa.

Tip Kayuhan Selamat & Selesa Dari YouTuber 'Geng Basikal Lipat', Barulah Bebas Kecederaan Atau Kemalangan 11

Seluar basikal: https://invle.co/clbfo1i

Dengar Lagu Guna Fon Telinga

Ingat anda melakukan kayuhan di atas jalan raya1 Jadi anda seharusnya kena peka dengan keadaan trafik dan sekeliling. Bukan hanya deria pandangan sahaja tetapi deria mendengar juga sangat penting. Jika nak layan lagu, carilah pembesar suara Bluetooth. Lebih selamat!

Lampu Untuk Kayuhan Malam

Perkara ini juga ramai yang ambil remeh. Walhal ia melibatkan keselamatan diri ketika melakukan kayuhan. Melakukan kayuhan pada waktu malam tanpa sebarang lampu sangat merbahaya. Jadi pasanglah lampu pada bahagian belakang untuk pastikan anda kelihatan dalam gelap. Begitu juga di bahagian hadapan.

Tip Kayuhan Selamat & Selesa Dari YouTuber 'Geng Basikal Lipat', Barulah Bebas Kecederaan Atau Kemalangan 13

Lampu nasikal: https://invle.co/clbfnef

Topi Keledar

Akhir sekali penggunaan topi keledar. Jangan ingat tempurung kepala anda sekuat Wolverine ya. Janganlah sesekali melakukan kayuhan terutamanya di jalan raya tanpa memakai topi keledar. Lindungilah diri anda dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Terima kasih Jazlan dari channel YouTube Geng Basikal Lipat di atas perkongsian cukup bermanfaat ini.

Tip Kayuhan Selamat & Selesa Dari YouTuber 'Geng Basikal Lipat', Barulah Bebas Kecederaan Atau Kemalangan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list