Artikel Terkini

Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 milik Mifzal Salihin

Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 milik Mifzal Salihin
Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 milik Mifzal Salihin 1

PUTRAJAYA – Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 menjadi milik Mifzal Salihin, 22, dari Universiti Malaya (UM).

Pelajar tahun tiga jurusan kejuruteraan mekanikal itu membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi, tawaran biasiswa dan sijil.

Anugerah itu disampaikan sendiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2022, di sini malam ini.

Mifzal ketika ditemui berkata, dia mengakui terpilih atas pembabitan aktifnya dalam platform pendidikan atas talian dikenali sebagai Afterkelas.com sejak tiga tahun lalu.

“Ketika ini, platform itu sudah mempunyai 50 tutor terdiri daripada pelajar-pelajar universiti yang mampu menjana sehingga RM1,500 sebulan.

“Afterkelas.com menghubungkan tutor dengan pelajar-pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Matematik dan Sains,” katanya.

Katanya, dia akan memperluaskan platform itu pada masa depan termasuk mewujudkan barisan tutor yang berpengkalan di setiap universiti di negara ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata, anugerah berkenaan adalah platform terbaik untuk memberi galakan kepada mahasiswa cemerlang dalam kepimpinan.

Beliau berkata, Anugerah Tokoh Siswa mula diperkenalkan sejak 2013 bagi memberi pengiktirafan kepada peranan individu dan badan mahasiswa di institusi pendidikan tinggi (IPT).

“KPT sentiasa menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang merangkumi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

“Pengiktirafan ini penting bagi memberi galakan kepada mahasiswa yang mempamerkan kecemerlangan kepimpinan dalam pelbagai lapangan,” katanya.

Katanya, sebanyak 916 penyertaan telah direkodkan tahun ini dan jumlah ini menunjukkan peningkatan penyertaan yang signifikan berbanding tahun-tahun sebelumnya. – KOSMO! ONLINE


Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 milik Mifzal Salihin 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah

See also  Wang RM500,000 dalam bagasi didakwa milik sebuah syarikat
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo