Infotainment

Tujuh Hari Ditayangkan, Filem Pulau Catat Kutipan RM2 Juta

Tujuh Hari Ditayangkan, Filem Pulau Catat Kutipan RM2 Juta
Tujuh Hari Ditayangkan, Filem Pulau Catat Kutipan RM2 Juta 1

Meskipun menerima kecaman hebat, namun filem Pulau tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan penonton.

Baru seminggu ditayangkan, filem Pulau bergenre ‘supernatural thriller’ dan mistik itu berjaya mencatat kutipan ‘box office’ sebanyak RM2 juta.

BACA: Penerbit Rugi Besar, Filem Pulau Diharamkan Di Terengganu

Memetik Harian Metro, penerbit filem tersebut, Fred Chong gembira serta melihat ianya permulaan yang baik dan positif untuk karya tersebut meskipun sebelum ini terpalit dengan kontroversi.

“Ia adalah satu permulaan yang baik buat kami. Terima kasih kepada semua penonton yang sudah menonton filem Pulau di pawagam. 

“Kami amat mengharapkan agar filem ini menepati cita rasa penonton di luar sana. Saya mengharapkan sambutan diberi akan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Fred berkata pihaknya bangga apabila filem tersebut berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara dan sudah pun ditayangkan di di Singapura, seterusnya di Indonesia  pada 22 Mac ini.

“Baru-baru ini juga, berlangsung sesi jelajah di Singapura dan Indonesia yang dihadiri barisan pelakon Pulau seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Ms Puiyi dan Joey Leong.

“Sungguh tidak disangka, sesi jelajah kami di dua buah negara ini mendapat sambutan yang hangat apabila barisan pelakon filem Pulau diserbu peminat yang sudah menunggu-nunggu kemunculan mereka,” katanya.


Tujuh Hari Ditayangkan, Filem Pulau Catat Kutipan RM2 Juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Harimau Malaya bangkit benam Kepulauan Solomon 4-1