Artikel Terkini

VTL antara Malaysia & Brunei boleh beri manfaat kepada Sarawak

VTL antara Malaysia & Brunei boleh beri manfaat kepada Sarawak
VTL antara Malaysia & Brunei boleh beri manfaat kepada Sarawak 1

Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Brunei dilihat mampu merancakkan semula sektor pelancongan Sarawak seperti waktu prapandemik COVID-19.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak yang berkongsi sempadan dengan Brunei sememangnya bakal memperoleh manfaat sekiranya sempadan dibuka semula.

“Kita harap usaha ini akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. VTL akan membawa masuk ramai warga Brunei ke Miri. Malah sebelum COVID-19 melanda, pengunjung paling ramai masuk ke Sarawak adalah dari Brunei.
“Jika pintu sempadan dibuka, ia akan mengembalikan (industri pelancongan Sarawak) seperti apa yang berlaku sebelum COVID,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata Sarawak turut berharap agar laluan VTL juga dapat dipersetujui dengan Singapura dan Indonesia yang mempunyai kepentingan kepada industri pelancongan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia dan Brunei secara dasar bersetuju untuk melaksanakan Laluan VTL udara dan darat bagi pergerakan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata selain itu, Brunei juga bersetuju pengiktirafan penggunaan MySejahtera dan BruHealth di kedua-dua negara bagi memudahkan integrasi sistem dan penggunaan oleh rakyat Malaysia dan Brunei.

Sumber: Bernama


VTL antara Malaysia & Brunei boleh beri manfaat kepada Sarawak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list