Artikel Terkini

Wanita kahwini diri sendiri ‘bercerai’ selepas sehari

Wanita kahwini diri sendiri ‘bercerai’ selepas sehari
Wanita kahwini diri sendiri ‘bercerai’ selepas sehari 1

BUENOS AIRES – Seorang pesohor media sosial dari Argentina yang mendakwa berkahwin dengan diri sendiri membuat keputusan untuk ‘bercerai’ dalam tempoh hanya 24 jam, lapor laman berita India Times kelmarin.

Sofi Maure pada Februari lalu mengumumkan perkahwinan tersebut di laman sosial dan memuat naik gambar dia memakai gaun pengantin.

Wanita berusia 25 tahun dan mempunyai lebih 500,000 pengikut di laman Instagram dan Twitter  itu berkata, dia telah membeli gaun pengantin dan menghasilkan kek perkahwinan sebagai menyambut hari bersejarah itu.

Bagaimanapun, 24 jam kemudian, Sofi membuat keputusan untuk ‘bercerai’ dengan dirinya selepas sehari menjalani ‘perkahwinan’ bersama diri sendiri.

“Terkini: Sehari selepas mengahwini diri sendiri, saya sudah tidak tahan lagi. Saya melihat perceraian mungkin berlaku,” katanya di media sosial.

Pengakuan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen dengan ada  menyokong tindakan Sofi namun, sebilangan mereka menganggap wanita itu sekadar laparkan perhatian.

Mereka turut mereka meminta Sofi supaya berjumpa pakar bagi merawat masalah kesihatan mental yang dialamimya.

“Anda sendiri tidak tahan dengan sikap sendiri,” kata seorang netizen.

“Semuanya demi meraih perhatian,” kata seorang pengguna media sosial  lain. – Agensi 


Wanita kahwini diri sendiri ‘bercerai’ selepas sehari 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  'Terpaksa tangguh rawatan anak sebab tak cukup duit'