Artikel Terkini

Wanita simbah air panas ke arah lelaki sebelum lari ke Indonesia

Wanita simbah air panas ke arah lelaki sebelum lari ke Indonesia
Wanita simbah air panas ke arah lelaki sebelum lari ke Indonesia 1

SINGAPURA – Seorang wanita berusia 28 tahun didakwa hari ini kerana dia menyimbah seorang lelaki dengan air panas menyebabkan mangsa melecur, lapor portal berita Channel News Asia.

Menurut polis, wanita itu, Rahimah Nisva ditahan di atas feri yang dalam pelayaran dari Singapura ke Indonesia kelmarin selepas serangan tersebut berlaku.

Kira-kira pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis lalu, polis dimaklumkan bahawa seorang lelaki berusia 24 tahun melecur terkena air panas berhampiran Jalan Balam.

Siasatan awal mendapati wanita itu didakwa menyimbah air panas ke atas lelaki itu dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Mangsa melecur di leher dan bahu serta dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital, kata polis.

Sebuah termos yang dipercayai digunakan dalam serangan itu ditemui dibuang berhampiran.

Polis berkata, Rahimah mengenali mangsa dan mengambil langkah untuk menyembunyikan identitinya, termasuk menutup muka semasa serangan dan menukar pakaiannya selepas itu.

Sejurus sebelum identitinya diketahui, suspek berlepas dari Singapura dari Singapore Cruise Centre menaiki feri menuju ke Indonesia.

Feri itu dipintas oleh Pengawal Pantai Polis sebelum ia meninggalkan perairan wilayah Singapura dan wanita itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada hari yang sama.

Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara tujuh tahun, denda, atau mana-mana kombinasi hukuman. – Agensi

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

Wanita simbah air panas ke arah lelaki sebelum lari ke Indonesia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Kisah Cerai Bukan Gimik, Zulin Aziz Enggan Buka Aib – “Mental Dah Cukup Koyak”