Artikel Terkini

Pengemis tak malu heret bayi, tidur tepi jalan

Pengemis tak malu heret bayi, tidur tepi jalan
Pengemis tak malu heret bayi, tidur tepi jalan 1

PETALING JAYA – Ramadan dianggap sebagai lubuk buat pengemis kerana pada bulan inilah mereka akan membawa ahli keluarga termasuk bayi untuk meraih simpati meminta sedekah di kawasan strategik.

Presiden Pertubuhan Tindakan Wanita Islam, Datuk Munirah Abdul Hamid berkata, pengemis memang tahu selok-belok untuk meminta sedekah lebih-lebih lagi ketika Ramadan kerana ramai mahu menyumbang bagi mendapatkan pahala berganda.

Katanya, ia merupakan antara sebab pengemis asing tidak malu meminta sedekah bersama ahli keluarga masing-masing.

“Setiap kali Ramadan, aktiviti mengemis bertambah rancak di sekitar Kuala Lumpur seperti di Bukit Bintang dan Chow Kit. Bukit Bintang selalu dikunjungi pengemis warga asing.

“Ada yang memberi sehingga RM50 atas alasan sumbangan atau zakat yang disalurkan kepada pihak berkuasa tidak sampai kepada yang sepatutnya,” kata­nya kepada Kosmo!.

Menurut Munirah, ia merupakan tanggapan yang salah dan jangan terlalu bermurah hati kepada pengemis tersebut.

Berita berkaitan: Jadi pengemis dapat RM8,500 sebulan

Tambahnya, bersedekah di saluran betul lebih baik kerana kawasan hotspot akan dibanjiri oleh mereka yang suka mengambil kesempatan di atas kemurahan hati rakyat Malaysia.

“Ramai yang ada di situ suka berdrama dan kita jangan tertipu dengan taktik mereka. Mereka suka menarik perhatian dengan menggunakan kerusi roda, tempang dan lain-lain,” katanya.

Ujar Munirah, apa yang membimbangkan ialah tabiat segelintir rakyat Malaysia yang suka bersedekah kepada golongan itu seolah-olah menggalakan kegiatan mengemis selain menyumbang kepada sindiket dan orang tengah.

“Mereka ini sudah biasa mengemis walaupun mendapat pelbagai kemudahan dan bantuan. Kegiatan akan bertambah aktif pada waktu malam iaitu selepas berbuka puasa,” katanya.

Menurut Munirah, tindakan membawa anak kecil untuk mengemis akan menggalakkan generasi pemalas dan mengakibatkan masa depan mereka gelap.

See also  Liga Super: KDA FC benam Kelantan FC 5-0

“Anak kecil bila sudah dapat duit dengan mudah akan berfikir tidak perlu bersekolah yang ­akhirnya akan menyebabkan mereka ini tidak tahu membaca langsung,” katanya.

Sehubungan itu, tambahnya, masyarakat perlu tahu betapa pentingnya menyalurkan sumbangan dan zakat kepada pihak berwajib supaya wang itu dapat disalurkan secara saksama dan mereka yang benar-benar memerlukan.


Pengemis tak malu heret bayi, tidur tepi jalan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo