Infotainment

“Saya Masih Suami Dia, End Of The Day Saya Akan Tidur Dengan Dia Atas Katil”

“Saya Masih Suami Dia, End Of The Day Saya Akan Tidur Dengan Dia Atas Katil”
“Saya Masih Suami Dia, End Of The Day Saya Akan Tidur Dengan Dia Atas Katil” 1

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkata dia masih sayangkan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Memetik Astro Gempak, Syamsul mengakui bukan suami sempurna namun dia mahu menyelamatkan rumah tangganya serta menjalankan tanggungjawab kepada kedua-dua isterinya.

BACA: Puteri Sarah Enggan Berdamai, Nekad Mahu Bercerai

“Nak buat macam mana, saya masih sayangkan dia. Saya masih nak selamatkan (rumah tangga) lagi. Walau buruk sekali pun isteri saya, tak kisah sama ada Sarah atau Ira, dia tanggungjawab saya.

“Saya harus bimbing mereka walaupun saya tidak sempurna, saya tetap kena bimbing dia juga,” katanya.

Menerusi sidang media khas itu juga, dia mahu berbincang secara peribadi dengan Sarah dan bukannya dengan cara menghebohkan di media sosial.

“Saya masih mengharapkan lagi untuk kita berbincang macam mana. Bukan dengan cara pergi mahkamah dan uar-uarkan di media sosial.

“Ada jalan yang lebih baik daripada kita nak terus membuka aib sesama sendiri. Ini bukan satu pertandingan. Cerita rumah tangga, urusan dalam kain. Macam seronok sangat. Adakah ini satu hiburan kepada Sarah?

“Dan jangan lupa saya masih suami dia lagi walau apapun, eng of the day, saya akan tidur dengan dia diatas katil, dengan dia (Sarah). Bukan dengan wartawan, bukan dengan netizen,” katanya.

Difahamkan, sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.


“Saya Masih Suami Dia, End Of The Day Saya Akan Tidur Dengan Dia Atas Katil” 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor

See also  Ingress Group Auto Fair happening from March 23-24 - great deals on BMW, MINI, Volvo, Mitsubishi models
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo