Artikel Terkini

Walau didakwa Muhyiddin yakin PN sapu bersih 6 negeri

Walau didakwa Muhyiddin yakin PN sapu bersih 6 negeri
Walau didakwa Muhyiddin yakin PN sapu bersih 6 negeri 1

GOMBAK – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis Perikatan Nasional (PN) mampu sapu bersih enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang biarpun menghadapi kes pendakwaan.

Muhyiddin berkata, ia jelas dibuktikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu hasil kejayaan yang diperoleh PN menyebabkan kerajaan ketika ini gentar dalam pertarungan yang bakal berlangsung di enam negeri nanti.

Katanya, ketika ini pihak kerajaan sedang mencari jalan dalam memburuk dan menjatuhkan reputasi baik yang dimiliki PN.

“Mereka (kerajaan) membuat tuduhan-tuduhan palsu yang tidak berasas kerana mereka tahu kalau ini tidak dilakukan ke atas PN, mereka pasti akan berhadapan dengan satu ancaman besar dan tidak mungkin dapat pertahankan negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Harapan (PH).

“Ini kerana semua enam buah negeri, dengan izin Allah akan kita menangi dalam PRN akan datang. Ini merupakan strategi mereka untuk menjatuhkan dan mengurangkan sokongan orang Melayu dan bukan Melayu terhadap PN,” katanya ketika berucap selepas majlis solat hajat di Markaz Tarbiyah Pas, Taman Melewar di sini malam ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam ucapannya berkata, pendakwaan terhadap Muhyiddin tidak boleh dikenakan memandangkan siasatan oleh pihak berkuasa masih belum lengkap.

“Beberapa keajaiban sudah berlaku pada kes yang bakal dihadapi Muhyiddin, jarang-jarang pertuduhan dikenakan kepada seseorang yang tertuduh pada hari Jumaat iaitu hari paling sibuk di pejabat kerajaan termasuk mahkamah.

“Mahkamah memerlukan masa untuk menguruskan jaminan dan sebagainya. Apa kata kalau mahkamah esok sibuk tidak boleh menguruskan jaminan kepada orang yang dituduh, sudah tentulah dia akan direman sehingga akan dikemukakan pada hari Isnin akan datang,” ujarnya.

See also  Totalife sasar jualan cecah RM40 juta tahun depan

Tambahnya, beliau akan menjadi antara panel peguam yang akan membantu Muhyiddin dalam kes yang akan dihadapi di Mahkamah nanti.

Terdahulu, Muhyiddin mendedahkan bakal berdepan tujuh pertuduhan mahkamah bermula esok sejurus beliau keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada petang tadi. – KOSMO! ONLINE


Walau didakwa Muhyiddin yakin PN sapu bersih 6 negeri 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo